Program MIV with DTT Negeri Sarawak (20 OKtober 2019)

21 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Ahad bersamaan 20 Oktober 2019, satu program MIV with DTT telah diadakan bertempat di bilik latihan Pusat Internet Kampung Hulu Betong. Program ini bermula jam 9 pagi sehingga jam 12 tengahhari dan dihadiri oleh 12 orang peserta dari 4 buah pusat intenet. Taklimat tersebut disampaikan sepenuhnya oleh Encik Amir dan dibantu oleh Encik Madi iaitu pegawai daripada MCMC.

Tujuan utama program ini adalah untuk membantu menyebahkan informasi dan maklumat berkaitan proses pemindahan system penyiaran analog yang sedia ada kepada siaran digital.

Antara pengisian taklimat semasa program tersebut adalah penerangan apa yang dimaksudkan dengan siaran analog dan siaran digital, pendedahan tentang kelebihan tv digital@freeview, cara mengakses siaran tv digital (perbezaan DTT dan DTH), kawasan liputan DTT dan DTH di negeri Sarawak, dan akhir sekali penjelasan tentang website mytv iaitu memeriksa kelayakan untuk mendapatkan decoder mytv dan senarai ejen yang berdaftar untuk pemasangan serta maklumat pembelian secara online. Peserta MIV diberikan tugasan untuk menyebarkan maklumat tentang penukaran siaran tersebut dan laporan berkaitan akan dihantar pada awal bulan Disember.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali